UberTaxi - Tempahan Teksi Kini Boleh Di Lakukan Melalui Aplikasi Uber

Pengangkutan awam di Malaysia adalah antara perkhidmatan penting yang sering digunakan terutama sekali penduduk di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur.

Melihatkan kepada itu, satu kerjasama antara dua buah syarikat mengambil dan menurunkan penumpang, Uber Malaysia dan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia telah berlangsung minggu lalu.



Melalui kerjasama itu, satu program perintis dikenali sebagai UberTaxi telah diumumkan yang mana pemandu teksi kini boleh menyertai perkhidmatan Uber.

Walaupunbegitu, pemandu teksi perlulah melepasi syarat-syarat Uber, sama seperti pemandu Uber yang lain.

Apakah syaratnya?

  • Teksi tersebut mestilah berusia tidak lebih dari 5 tahun

  • Semak latarbelakang pemandu teksi sama seperti pemandu Uber yang biasa


Berapa tambang UberTaxi?

Tambang yang akan dikenakan adalah berdasarkan tambang UberX.

Selain daripada itu, pemandu UberTaxi dibenarka untuk berhenti ditepi jalan dan mengambil penumpang sama seperti teksi biasa.

Buat masa sekarang, dianggarkan seramai 500 pemandu teksi akan mengambil bahagian dalam program ini.

Pada tahun 2012 dahulu, kerjasama serupa telah terjalin antara Grab dan juga pemandu teksi menerusi aplikas MyTeksi.

Sumber: Lowyat.net

Berkaitan