Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Tampil Dengan Fungsi Perbualan Dalam Aplikasi

Uber Tampil Dengan Fungsi Perbualan Dalam Aplikasi

Diterbitkan Ogos 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Uber kini memberi nafas baru terhadap aplikasi mereka dimana ciri perbualan dalam aplikasi telah mula diperkenalkan.

Dengan penambahan ciri tersebut, ia sudah pasti dapat memudahkan komunikasi antara pemandu dan penumpang tanpa perlu memberikan nombor telefon masing-masing.

Pengguna Uber kebiasaannya perlu menghubungi pemandu menerusi aplikasi luar seperti, SMS, WhatsApp dan lain-lain, tetapi dengan adanya ciri baru ini, bakal penumpang dan pemandu dapat berhubung dengan lebih pantas dan mudah.

Cara untuk menggunakan aplikasi ini adalah dengan pergi ke bahagian Uber Feed dan tekan pada butang Contact > Chat. Seterusnya anda akan dibawa ke antaramuka fungsi perbualan itu.

Uber Tampil Dengan Fungsi Perbualan Dalam Aplikasi

Uber Tampil Dengan Fungsi Perbualan Dalam Aplikasi

Mesej yang dikirim oleh bakal penumpang akan dibacakan secara kuat oleh aplikasi supaya tumpuan pemandu tidak terjejas. Selepas itu, pemandu boleh memberi respons dengan membalas “thumbs up” dan kedua-dua pemandu serta bakal penumpang boleh melihat sama ada mesej mereka sudah diterima dan dibaca (akan terpapar perkataan “read”).

Perbualan dalam aplikasi akan mula ditawarkan secara global bermula minggu akan datang. Kini pemandu tidak perlu lagi bersusah payah keluar masuk aplikasi hanya untuk menghubungi bakal penumpang.

Sumber: Uber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY