Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Uber Dan Teksi Bergabung Guna Aplikasi Yang Sama

Uber Dan Teksi Bergabung Guna Aplikasi Yang Sama

Diterbitkan Mac 7, 2017 · Dikemas kini Mac 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Umum sudah mengetahui bahawa perkhidmatan teksi di negara ini sudah kurang mendapat sambutan sejak perkhidmatan Uber diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun 2014.

Ini boleh dilihat di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang, pengguna lebih gemar menggunakan Uber.

Berikutan permintaan teksi yang semakin menurun, satu kerjasama telah pun dijalinkan antara Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) bersama dengan Uber Malaysia.

Kerjasama yang terjalin ini bakal melihatkan kedua-dua perkhidmatan menghantar penumpang ini bakal berkongsi aplikasi yang sama.

Menurut portal Berita Harian Online, hampir 10,000 pemandu teksi memulangkan kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit. Hal ini adalah disebabkan impak yang diberikan oleh servis Uber dan Grabcar yang menawarkan harga yang konsisten dan lebih murah.

Dengan kerjasama yang terjalin ini, dijangkakan perkhidmatan teksi akan kembali mendapat sambutan daripada orang ramai.

Memorandum persefahaman akan ditandatangi kedua-dua belah pihak hari ini. Untuk peringkat permulaan, sebanyak 500 buah teksi dibawah kendalian GPST akan terlibat.

Jumlah teksi yang akan beroperasi menggunakan aplikasi Uber akan ditambah secara berperingkat berdasarkan keterangan dari Ketua Pegawai Eksekutif Big Blue Taxi Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail.

Sumber: Bharian Online

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY