Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Betulkan Paparan Tarikh Hijri Di Skrin Kunci iPhone

Cara Betulkan Paparan Tarikh Hijri Di Skrin Kunci iPhone

Diterbitkan Mac 26, 2024 · Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amalina Athman

Berikutan permulaan Ramadan yang sedikit berbeza mengikut negara, sebilangan pengguna di Malaysia cuba mencari tips dan tutorial untuk mengubah tarikh Hijri kerana widget iOS memaparkannya sehari lebih awal.

Terbaharu, pengguna nampaknya sudah mempunyai alternatif untuk membetulkan paparan kalendar Hijri di Skrin Kunci iPhone.

Berkaitan

  • Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Cara ubah/betulkan tarikh Hijri di Skrin Kunci iOS

Aplikasi Iman mengambil inisiatif dengan menawarkan kemas kini baharu yang menampilkan widget inline di Skrin Kunci iPhone dengan tarikh Hijri yang boleh diperbetulkan.

Berbeza dengan widget iOS, widget Hijri yang disediakan oleh aplikasi iman boleh diperbetulkan secara manual. Untuk membetulkannya, pengguna perlu muat turun atau kemas kini aplikasi iman Pro (berbayar) di App Store terlebih dahulu.

Setelah itu, buka aplikasi dan pilih “Settings” atau tetapan. Tatal ke bawah dan di bahagian Hijri Date Settings > Hijri Date Offset tetapkan +1 hari atau -1 hari dari tarikh semasa.

Cara Betulkan Paparan Tarikh Hijri Di Skrin Kunci iPhone

Kemudian, di bahagian tetapan widget Skrin Kunci pilih widget Iman.

Cara Betulkan Paparan Tarikh Hijri Di Skrin Kunci iPhone

Selesai. Sekiranya mendapati tarikh Hijri yang dipaparkan masih sama, restart peranti atau tunggu sedikit masa sebelum tarikh tersebut bertukar.

Itu sahaja tips untuk kali ini dan semoga bermanfaat. Tinggalkan komen sekiranya ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY