Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile Dan Enfrasys

U Mobile Dan Enfrasys Jalankan PoC Perintis Digitalkan Operasi Logistik Guna Rangkaian 5G Peribadi

Diterbitkan Mei 16, 2024 · Dikemas kini Mei 16, 2024 oleh ariff bukhari

U Mobile dengan kerjasama Enfrasys Solutions telah berjaya memuktamadkan rangkaian 5G proof-of-concept (PoC) persendirian.

Fokus PoC ini adalah untuk menilai kebolehlaksanaan mengautomasikan proses pemeriksaan kontena Transocean Logistics menggunakan keupayaan rangkaian persendirian 5G U Mobile serta aplikasi perindustrian Enfrasys Solutions yang dipanggil Container Vision yang memanfaatkan pengkomputeran berbilang akses-tepi (MEC).

Penyelesaian ini membolehkan pemeriksa Transocean Logistics mengimbas dan mengesan kecacatan dalam masa nyata menggunakan AI pada kontena yang tiba di tapak depoh Transocean Logistics yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang.

PoC diwujudkan melalui sokongan ZTE Corporation untuk penyediaan infrastruktur Radio Access Network (RAN) 5G dan Teras 5G untuk rangkaian persendirian.

Dalam kenyataan bersama, Transocean Logistics Sdn Bhd  menyatakan mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan U Mobile dan Enfrasys Solutions dengan menjangkakan proses pemeriksaan yang didayakan oleh 5G dan AI akan menjimatkan masa sebanyak 70% berbanding pemeriksaan kontena secara manual.

“Projek perintis ini adalah yang pertama di Malaysia, meletakkan Transocean Logistics Sdn Bhd untuk menjadi depoh kontena pertama di Malaysia yang mengguna pakai penyelesaian dan teknologi termaju sedemikian,” kata Ismail Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Transocean Logistics.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media bersama U Mobil, Enfrasys Solutions dan Transocean Logistics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY