Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Menguji Ciri Perkongsian Gambar Sehingga Resolusi 4K Pada Peranti iOS Dan Android

Twitter Menguji Ciri Perkongsian Gambar Sehingga Resolusi 4K Pada Peranti iOS Dan Android

Diterbitkan Mac 11, 2021 oleh Amalina Athman

Twitter hari ini mengumumkan sudah memulakan ujian bagi membolehkan pengguna untuk melihat dan berkongsi media di Twitter dengan kualiti yang lebih baik.

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna untuk memuat naik imej berkualiti tinggi sehingga resolusi 4K pada peranti iOS dan Android. Pengguna yang terpilih akan melihat ciri tersebut melalui Settings and Privacy > General > Data Usage.

Twitter 4K

Untuk melihat atau memuat naik imej berkualiti tinggi, pengguna mempunyai pilihan sama ada ingin mengaktifkan ciri tersebut ketika peranti disambungkan ke data dan WiFi atau WiFi sahaja.

Twitter 4K

Dalam pada itu, Twitter turut menguji ciri yang membolehkan imej yang dimuat naik secara individu dipaparkan dengan nisbah dan orientasi sebenar. Sebagai contoh, jika imej dimuat naik secara menegak, ia akan dipaparkan dengan orientasi gambar yang sama di garis masa (timeline) Twitter.

Buat masa ini, Twitter belum memaklumkan bila kedua-dua ciri ini akan dilepaskan kepada umum.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY