Twitter Kini Berwajah Baru

Hari ini, Twitter telah mengumumkan antaramuka baru bagi platform media sosial tersebut.

Syarikat berkenaan telah memberi nafas baru bagi antara muka aplikasi itu dengan misi menjadikan ia lebih ringan, pantas dan mudah digunakan.

Jadi apa yang baru?

  • Profil, akaun tambahan, tetapan dan privasi - kesemua butang ini diletakkan ditempat yang sama.

  • Penggunaan gambar profil bulat (sebelum ini petak) serta typography yang lebih konsisten.


 





 

Terdapat juga beberapa penambahbaikan lain seperti kemaskini secara serta merta untuk Reply, Retweet, dan jumlah Like supaya anda dapat menyaksikan perbualan secara "Live".

Buat masa sekarang hanya pengguna iOS sahaja yang menikmati antaramuka baru ini.

Bagi pengguna Android, Tweetdeck, dan Twitter Lite sila tunggu ya.

Sumber: Twitter