Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6 Telefon Pintar Paling “Padu” Dalam Pasaran.

6 Telefon Pintar Paling “Padu” Dalam Pasaran.

Diterbitkan September 16, 2016 · Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
6 Telefon Pintar Paling “Padu” Dalam Pasaran.

Syarikat-syarikat
pengeluar telefon pintar dari China nampaknya semakin kehadapan dalam
menghasilkan telefon pintar berprestasi tinggi. Dan sejak Ogos yang lalu,
OnePlus 3 keluaran syarikat pengeluar telefon pintar dari negara tanah besar
itu telah mengungguli carta penanda aras prestasi, Antutu. Turut mengekor rapat
dari belakang, 5 buah model lain yang juga berpengkalan dari China. Hampir
kesemua 6 model teratas dalam carta tersebut hanya didapati dalam pasaran Asia
sahaja.
Dijual pada
harga RM1859, prestasi OnePlus 3 dilihat lebih tinggi dari  model ternama yang lain seperti iPhone 6s dan
Galaxy S7 Edge. Reka bentuk besar yang seakan-akan iPhone 6s, telefon pintar
5.5 inci ini dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820. Kamera yang
dipasang adalah keluaran dari Sony; 16 MP dibahagian belakang dan 8MP untuk
kamera selfie. Selain itu, OnePlus 3 mempunyai 6GB RAM, antara yang tertinggi
dipasaran. Beroperasi menggunakan OxygenOS, sistem operasi mudah alih dibina
sendiri oleh OnePlus berasaskan Android Marshmallow.
Berdasarkan
carta penanda aras prestasi Antutu, model yang berada dibawah OnePlus 3 adalah
Vivo Xplay5 Elite dan LeEco Max3. Kedua-dua model terbabit hanya boleh didapati
di pasaran Asia sahaja. Vivo Xplay5 Elite merupakan telefon pintar pertama dari
China yang mempunyai skrin melengkung. Berukuran 5.43 inci dan dijual dengan
harga RM2199. LeEco Max2 pula menampilkan skrin paparan 5.7 inci dan mempunyai
kamera 21 MP beserta penstabil imej optikal.

10 Telefon Pintar Yang Mengungguli Carta Penanda Aras
Prestasi Antutu.


1. OnePlus 3 (140.288)
2. Vivo Xplay 5 Elite (138.706)
3. LeECo Max 2 (138.026)
4. Nubia Z11 (137.685)
5. Lenovo ZUK Z2 Pro (136.853)
6. Xiaomi 5 (136.773)
7. Samsung Galaxy S7 edge (134.599)
8. iPhone 6s (133.781)
9. 360 Q5 plus (133.394)
10. HTC 10 (133.217)


Sumber: Astro
Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY