Acara Langkawi International Maritime and Aerospace atau LIMA’19 yang sedang berlangsung ketika ini merupakan salah satu pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Pasifik.
Pameran yang banyak melibatkan industri ketenteraan dan juga awam ini, antara yang menjadi tumpuan adalah pameran model kereta terbang, Vector.
Difahamkan, Vector bukanlah kereta terbang yang heboh dibualkan sebelum ini, sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama. Kenderaan ini direka dengan fungsi sebagai pengangkutan, penghantaran dan tinjauan.
Menurut laporan tersebut, kenderaan terbang ini mampu membawa beban sehingga 200kg dan terbang pada kelajuan 60km/j pada ketinggian 50 meter.
Ia juga dikatakan mampu terbang dalam tempoh 30 hingga 90 minit masa penerbangan dan ini merupakan model yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd.
Sumber: Bernama