TV Samsung QLED 8K diperkasakan bersama pemprosesan Quantum milik Samsung, iaitu sebuah TV bersama keupayaan AI, dengan teknologi pemprosesan gambar dan bunyi dalam membawakan pengalaman menonton yang dasyat.
Jadi apa yang dimaksudkan dengan keupayaan AI? Melalui tekonologi Quantum Processor 8K dari Samsung ini, ia mampu untuk meningkatkan kandungan video resolusi rendah kepada resolusi 8K.
Bermakna jika anda memainkan video beresolusi 1080p di TV ini, kualiti paparan yang dihasilkan masih lagi dapat dikekalkan walaupun ia dinaikkan ke saiz 8K.
Menghidangkan paparan beresolusi 7680 x 4320 piksel (8K), ia ditambah baik dengan teknologi Ultra Viewing. Melaluinya, sudut pandang tidak terngganggu dengan masalah silau dan sebagainya.
Kecerahan paparan cahaya juga boleh diubah secara automatik mengikut persekitaran melalui sensor cahaya yang dilengkapkan didalamnya.
Ia turut dilengkapi dengan ciri HDR10+, format pemprosesan premium untuk memberikan warna yang lebih pekat dan menyerlah.
Kepada yang berminat dengan TV gergasi, anda boleh merasai sendiri kenikmatan TV dari Samsung ini melalui Roadshow yang diadakan mulai 8 May sehingga 12 May ini.
Berikut merupakan harga barisan TV QLED 8K dari Samsung
Sumber: Samsung Malaysia
Berkaitan
- Samsung Galaxy S10 Bakal Diperkenalkan Sebelum Acara MWC 2019 Berlangsung
- Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos
- Samsung Galaxy M20 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar
- Samsung Pay Akhirnya Hadir ke Malaysia Selepas Hampir 2 Tahun Dilancarkan
- Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports'
- Samsung Patenkan Rekaan S-Pen Dengan Kamera Terpasang
- Xiaomi Mi9 & Galaxy S10, S10+ & S10e Dilancarkan & Huawei Tak Mahu Kalah Dengan Samsung
- Vivo V15 Akan Mula Dipasarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 23 Mac
- Galaxy A8s Mungkin Muncul Sebagai Telefon Dengan Skrin Penuh Pertama Samsung
- Xiaomi Umum Pelancaran Peranti Mi 8 Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Tidak Masuk Akal