Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tukar Bateri Hanya RM99 Bagi Model Terpilih Huawei

Posted on Jun 10, 2019Jun 10, 2019

Anda memiliki peranti Huawei yang mempunyai masalah bateri? Risau akan ketulenan bateri yang mahu diganti? Berita baik buat anda dimana Huawei Malaysia telah mengumumkan penukaran komponen tersebut pada harga RM99 sahaja.

Ia melibatkan model-model seperti berikut;

Huawei Siri P

  • P9, P9 Plus, P9 lite, P10, P10 Plus, P10 lite, P20, P20 Pro

Huawei Siri Mate

  • Mate 8, Mate 9, Mate 9 Pro, Mate 9 Porsche Design, Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design

Huawei Siri Nova

  • nova Plus, nova lite, nova 2 Plus, nova 2 lite, nova 2i, nova 3, nova 3i

HONOR Malaysia juga tidak ketinggalan dan menawarkan pertukaran bateri RM99 dimana model yang terpilih adalah 5A, 5C, 5X, 6, 6X, 7X, 8, 8 Pro, 10 dan V10.

Harga yang dinyatakan sudah termasuk dengan kos bateri serta upah pemasangan. Program penukaran bateri RM99 untuk model-model terpilih ini akan berlangsung selagi mana stok masih ada. Jadi bagi anda yang mahu memberi “nyawa” baru bagi peranti Huawei model diatas, boleh berkunjung ke Huawei Service Centre berdekatan (semak disini) dan HONOR boleh dilihat disini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress