Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump social media

Trump Mahu Lancar Platform Media Sosial Sendiri Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Mac 23, 2021 · Dikemas kini Mac 23, 2021 oleh Amalina Athman

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dilaporkan akan melancarkan platform media sosial sendiri dalam masa terdekat. Perkara ini disahkan oleh Jason Miller yang merupakan Penasihat Kanan Trump melalui Fox News.

Seperti diketahui, Trump telah disekat dari menggunakan pelbagai platform media sosial termasuk Faceboook dan Twitter. Ia berikutan insiden rusuhan yang berlaku di Capitol pada awal Januari lepas.

Dengan melancarkan platform media sosialnya sendiri, ia dijangka akan menarik puluhan juta pengguna untuk menggunakan platform tersebut.

Buat masa ini, tiada perincian lanjut yang didedahkan mengenai platform media sosial tersebut. Bagaimanapun, ia dikhabarkan telah menarik perhatian beberapa syarikat untuk turut serta membangunkan platform tersebut.

Sumber: Fox News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY