Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Truecaller Memperkenalkan Ciri ‘Flash Messaging’ Untuk Peranti iOS

Truecaller Memperkenalkan Ciri ‘Flash Messaging’ Untuk Peranti iOS

Diterbitkan Julai 7, 2017 · Dikemas kini Julai 7, 2017 oleh Haikel Areff

Kini pengguna aplikasi Truecaller di peranti iOS boleh mengemaskini aplikasi tersebut. Kemaskini terbaru aplikasi ini membawakan penambahan ciri ‘Flash Messaging’ yang membenarkan pengguna menghantar mesej balas secara pantas dan beberapa penambahbaikkan lain.

Ciri ini dilihat dapat membantu pengguna yang tidak dapat menjawab panggilan telefon, seperti dalam mesyuarat. Seperti contoh anda tidak dapat bercakap lama dengan si pemanggil, jadi bolehlah guna ciri ini untuk membalas secara pantas dan ringkas seperti ‘Yes’, ‘No’, ‘Ok’, kongsi lokasi, mesej ‘call back’, emoji atau menulis mesej ringkas sendiri.

Truecaller Memperkenalkan Ciri ‘Flash Messaging’ Untuk Peranti iOS

Kemaskini ini pada mulanya ditawarkan untuk pengguna Android dan didakwa mempunyai lebih 6 juta pengguna ketika ini.

Truecaller merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui siapakah pemanggil – melalui integrasi data daripada beberapa sumber. Aplikasi Truecaller ini dilihat sangat berguna ketika anda menerima panggilan daripada scammer dan skim cepat kaya, dimana ia secara automatik akan menolak panggilan tersebut. Malah SMS tentang peraduan menang 1 juta juga dapat dikesan.

Bagaimana nak hantar mesej Flash ni?

Pergi ke bahagian “Contact Tab” dan tekan ikon flash yang dipaparkan.

Truecaller Memperkenalkan Ciri ‘Flash Messaging’ Untuk Peranti iOS

Tapi anda perlu aktifkan ciri ini terlebih dahulu.

 

iPhone:  More > Settings > Availability

Android: Menu > Settings > General

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY