Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens

Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens

Diterbitkan April 16, 2021 oleh Wiser MY

Ramai yang tidak tahu dengan kebolehan terjemahan melalui Google Lens yang ada pada peranti telefon pintar. Fungsi ini dapat menterjemah apa-apa perkataan dengan cara mengambil gambar.

Sebagai contoh, anda membeli barangan dari China dan hanya dibekalkan dengan buku panduan bertulisan Cina. Anda pun menggaru kepala sambil termenung memikirkan cara untuk memahaminya.

Berikut adalah cara mudah menterjemah teks tidak difahami kepada bahasa pilihan dengan cara mengambil gambar:

Mula-mula pastikan anda mempunyai fungsi Google Lens. Cari logo seperti ini dan tekan.

Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens

Kemudian, menerusi paparan ini pilih fungsi terjemah di bahagian bawah kiri dan pilih bahasa untuk diterjemah.

Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens

Letakkan kamera atau ambil gambar perkataan atau ayat yang hendak diterjemah.

Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens
Sebelum diterjemah

Selesai. Paparan atau gambar akan menunjukkan teks yang telah siap diterjemah kepada bahasa pilihan anda.

Translate Dengan Mudah Menggunakan Google Lens
Selepas diterjemah

 

Itu sahaja perkongsian setakat ini. Moga-moga dapat memudahkan kehidupan seharian kita.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY