Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Pernah Dibuat Orang, Jepun Bina Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Tak Pernah Dibuat Orang, Jepun Bina Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Diterbitkan Januari 4, 2022 oleh Faiz Munir

Jepun kini dalam pelan untuk melancarkan satelit kayu pertama pada tahun 2023. Pemilihan bahan daripada kayu ini adalah kerana lebih mesra alam dan lebih menjimatkan kos untuk dibina.

Satelit ini akan dibina dengan rekaan kiub dan segala komponen elektrik dan antena berada dalam kiub tersebut kerana gelombang elekromagnetik boleh menembusinya. Penggunaan bahan daripada kayu juga mengurangkan kesan kepada alam sekitar kerana satelit ini akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi apabila satelit tersebut sudah tamat beroperasi.

Cadangan ini dibuat oleh pasukan daripada Kyoto University dan Sumitomo Forestry Co. Dikatakan dengan menggunakan bahan daripada kayu, ia adalah lebih murah daripada menggunakan aluminium (bahan utama yang digunakan untuk membina satelit).

Tak Pernah Dibuat Orang, Jepun Bina Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Buat masa ini, pihak universiti dan syarikat produk kayu akan mula mengkaji ketahanan kayu dari pelbagai spesis. Ini kerana, mereka ingin melihat keadaan kayu tersebut tempoh 9 bulan jika dilancarkan ke angkasa lepas yang akan bermula bulan Februari ini.

Menurut angkasawan Jepun, Takao Doi jika pelan ini berjaya ia akan menceburi minat anak muda untuk membina satelit pada masa akan datang.

Sumber: Nikkei Asia

Baca juga:

  • Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid
  • TM Cyberjaya Terbakar Punca Gangguan unifiTV Seluruh Negara
  • Ini Senarai ‘Game’ Paling Laris Di Steam Pada Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY