Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Touch ‘n Go Bakal Perkenal Servis E- Wallet

Touch ‘n Go Bakal Perkenal Servis E- Wallet

Diterbitkan Julai 24, 2017 · Dikemas kini Julai 25, 2017 oleh Helmi Samsuri

Tidak lama lagi, satu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai dan tanpa kad  bakal dilancarkan Touch ‘n Go menerusi kerjasama yang terjalin antara CIMB Group Holdings dan  Ant Financial Services Group (anak syarikat Alibaba).

Buat pengetahuan anda semua, Touch ‘n Go merupakan syarikat subsidiari kepada CIMB dan melalui kerjasama dua syarikat tersebut, Touch ‘n Go boleh memantapkan lagi sistem pembayaran mereka.

Jika dilihat kepada penggunaan Touch ‘n Go yang sememangnya meluas, servis E-wallet ini merupakan naik taraf kearah sistem pembayaran yang lebih pantas dan mudah. Ia bakal dibangun berasaskan sistem pembayaran mudah alih Alipay yang mana menggunakan teknologi NFC.

Touch ‘n Go Bakal Perkenal Servis E- Wallet

Touch ‘n Go E-wallet ini dijangka akan mula beroperasi mulai tahun 2018 dan awal Februari lalu ia menjalani ujian beta bagi kawasan TTDI.

Nampaknya sistem pembayaran mudah alih seperti ini mula diketengahkan dalam negara dan sebelum ini servis Samsung Pay turut ditawarkan pada kaunter-kaunter stesen minyak Petronas seluruh negara.

Sumber: The Star

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY