KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi komitmennya untuk menangani isu Streamyx yang dihadapi pelanggannya dengan cara yang lebih komprehensif.
Syarikat utiliti itu berkata, pelaburan yang berterusan sudah dibuat bagi meningkatkan rangkaian gentian dan tembaganya sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan liputan seluruh negara yang lebih luas di sebalik keterbatasan teknologi yang dihadapi rangkaian lama tembaganya.
“Liputan perkhidmatan LTE 4G kami pada masa ini melebihi 77 peratus populasi di kawasan bandar serta luar bandar dan bersama rakan niaga kami, melengkapkannya dengan 90 peratus liputan perkhidmatan 3G.
“Bagi membolehkan mudah alih yang lebih selesa, syarikat juga meningkatkan liputan Wifi dan kualiti perkhidmatan dengan lebih 12,000 hotspots di seluruh negara sehingga kini,” kata TM dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan bahawa, naik taraf kelajuan unifi mudah untuk dilaksanakan kerana ia menggunakan gentian dan syarikat pada masa ini memberikan tumpuan kepada Streamyx dan pelanggan jalur lebar bangunan tinggi bagi meningkatkan pengalaman mereka melalui Pelan Peningkatan Jalur Lebar, yang bermula pada 2016.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Imri Mokhtar, berkata lebih 340,000 pelanggan yang tinggal di kawasan jalur lebar gentian masih belum menjadi sebahagian 1.26 juta komuniti unifi.
“Sehingga kini, kami berjaya menaik taraf hampir 50 peratus pelanggan ini kepada unifi tanpa tambahan kos terhadap bil semasa mereka. Kami menggesa pelanggan selebihnya untuk mengambil peluang ini dan menyelesaikan naik taraf unifi menjelang Mac 2019.
Imri berkata, keterbatasan tembaga lebih jelas kepada pelanggan Streamyx, dengan 8 Mbps adalah kelajuan jalur lebar terbaik yang dapat diberikan hari ini.
“Kami menghargai kepercayaan dan penghargaan pelanggan setia dan juga kesabaran serta memahami, Jika secara teknikalnya membenarkan, kami akan meningkatkan sekali ganda kelajuan Streamyx tanpa kos tambahan terhadap bil jalur lebar semasa.
“Hampir 180,000 pelanggan Streamyx boleh mengharapkan naik taraf percuma ini,” tambahnya.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Hanya Ada 6,000 Unit Sahaja, Malaysia terpilih Untuk Pasarkan realme 10 Pro Coca-Cola
- Xiaomi Malaysia Bakal Perkenal Redmi Note 8 Pro Untuk Pasaran Tempatan
- Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna
- OPPO A92 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM1199
- Realme 5 Pro Habis Terjual Pada Jualan Hari Pertama Di Malaysia
- Pertikaian Bil - Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna Kepada CFM
- Apple iMac 2017 Sudah Mula Ditawarkan Di Malaysia
- Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Pasukan PES 2018 Malaysia Rangkul Tempat Keempat Di Sukan Asia
- Honor 10 Lite Kini Rasmi, Harga Bermula RM749 Untuk Pasaran Malaysia