Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy

TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy

Diterbitkan Januari 10, 2023 ยท Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Laporan sebelum ini menyatakan siri Galaxy S23 akan menerima versi eksklusif cip Snapdragon 8 Gen 2, yang menjalankan teras utamanya pada 3.36GHz dan bukannya 3.19GHz biasa. Walau bagaimanapun, laporan lain menyebut bahawa Samsung MX (Mobile eXperience) telah membentuk pasukan untuk membangunkan cipnya sendiri.

Terbaharu, perincian mengenainya mungkin akan didedahkan pada acara Galaxy Unpacked yang dijangka berlangsung pada 1 Februari ini.

Berkaitan

  • Samsung Mungkin Tidak Akan Guna Cip Exynos Lagi Pada Masa Depan
  • Siri Samsung Galaxy S23 Mungkin Kekalkan Warna Ikonik Mereka
  • Siri Samsung Galaxy S23 Dijangka Hadir Seawal Februari Ini

Menurut peniris terkenal Ice Universe, TM Roh yang merupakan Presiden dan Ketua Perniagaan Samsung MX dijangka akan mendedahkan maklumat terkini mengenai “cip khusus Galaxy” pada acara pelancaran tersebut.

TM Roh will reveal the latest information on the "Galaxy dedicated chip" at the Galaxy S23 launch event. pic.twitter.com/yw7e8KcxxL

— ICE CAT (@UniverseIce) January 8, 2023

Bagi yang tidak tahu, Samsung Electronics merupakan entiti berasingan daripada Samsung System LSI, yang menghasilkan cip Exynos. Cip baharu itu didakwa akan direka oleh pasukan baharu di Samsung Electronics dan penghasilannya dikatakan menggunakan teknologi 3nm GAA generasi kedua atau ketiga yang digunakan oleh Samsung Foundry.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenainya yang didedahkan kepada umum, setakat ini. Sehingga itu, nantikan pada acara Galaxy Unpacked kelak.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY