Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TM Akan Ganti Secara Percuma Peralatan unifi Yang Rosak Akibat Banjir

Posted on Disember 23, 2021Disember 23, 2021
Banjir besar yang menimpa beberapa negeri di semenanjung kali ini memberi kesan besar pada semua pihak. Bukan sahaja memusnahkan harta benda malah melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, banyak syarikat besar dan nama korporat lain telah menghulurkan pelbagai bantuan sama ada secara diam-diam mahupun diuar-uarkan, termasuklah Apple.
TM juga telah berkongsi di laman Facebook mereka bahawa mereka akan menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak secara percuma.
Untuk berbuat demikian, pelanggan boleh memaklumkan pada TM menerusi Live Chat di chatbot.unifi.com.my atau menghubungi talian 100.
Di samping itu, pelanggan juga boleh membuat semakan status terkini perkhidmatan yang terjejas di unifi.com.my/unifi-alerts.
Sumber: TM
Baca juga:
  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
  • Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G
  • Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress