Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amerika Syarikat Beri Lesen Sementara Kepada Huawei Bagi Sokongan Kemaskini Kepada Pengguna

Tinjauan Mendapati Pengguna Keberatan Untuk Beralih Kepada Sistem Operasi Hongmeng

Diterbitkan Jun 17, 2019 oleh ariff bukhari

Kebanyakkan responden sukar meninggalkan Android.

Menurut hasil tinjauan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI yang diadakan baru-baru ini, didapati hampir 40.8% daripada seramai 701 pengguna telefon pintar di Malaysia, China, Indonesia dan Thailand masih meragui untuk beralih kepada sistem operasi ‘Hongmeng’ yang dibangunkan Huawei.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat itu, Profesor Madya Dr Noppadon Kannika berkata rata-rata responden terbabit mengakui sukar bagi mereka untuk beralih kepada sistem operasi terbaru itu yang menjadi antara usaha Huawei bagi menggantikan sistem Android selepas mereka bakal disekat dalam tempoh kurang daripada 2 bulan untuk mengakses ke sistem Android.

Daripada kaji selidik yang dibuat itu, mereka mendapati hanya seramai 31.5% responden sahaja yang bersetuju untuk beralih kepada HongMeng. Manakala 27.7 peratus pula masih belum membuat keputusan  mahu beralih ataupun tidak.

Tinjauan yang dilakukan antara 1 hingga 15 Jun lepas adalah bertujuan bagi mendapatkan pandangan pengguna umum mengenai sistem operasi Hongmeng yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Huawei tidak lama lagi.

Kaji selidik tersebut telah melibatkan responden daripada beberapa buah negara yang meliputi sebanyak 87.7% responden adalah daripada rakyat Malaysia, 4.6 peratus China manakala 7.7 peratus adalah warga Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Pecahan responden pula adalah terdiri daripada generasi X yang mewakili seramai 39.5%, generasi Y sebanyak 26.7%, generasi Z  sebanyak 20.3% dan 13.5% lagi adalah daripada generasi ‘baby boomers‘ lahir antara tahun 1946 hingga 1964 serta lain-lain.

Huawei yang berpangkalan di Shenzhen, China, merupakan pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia dari segi jualan selepas Samsung.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY