Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Timbalan Menteri Kewangan: “Paywave Tidak Boleh Dipalsukan”

Timbalan Menteri Kewangan: “Paywave Tidak Boleh Dipalsukan”

Diterbitkan Mac 30, 2017 oleh Helmi Samsuri

Urusniaga kini lebih mudah dengan adanya teknologi berasaskan transaksi tanpa sentuh Paywave.

Anda tidak perlu lagi risau keluar berbelanja tanpa membawa wang tunai lagi kerana dengan hanya kad yang dilengkapi teknologi Paywave pembayaran semudah ABC.

Pada Persidangan Dewan Rakyat semalam, Datuk Dr Noraini, ahli parlimen Parit Sulong telah mengemukakan soalan berkenaan kebarangkalian kad Paywave diklon.

Menjawab pertanyaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz menyatakan bahawa kad Paywave yang mula dikeluarkan pada penghujung tahun lalu tidak boleh dipalsukan.

Hal ini kerana, kad tersebut dibangunkan dengan ciri keselamatan yang telah mendapat jamnian daripada industri perbankan antarabangsa.

“Pengguna juga telah dimaklumkan bahawa ciri-ciri keselamatan ini dicipta khas, jika berlakunya kes kehilangan kad, maka pengguna tidak perlu khuatir,” kata beliau pada Sidang Dewan Rakyat semalam.

Buat pengetahuan semua, pemegang mempunyai pilihan untuk menetapkan jumlah transaksi, seperti contoh:

  • Transaksi maksimum sebanyak dua kali sehari
  • Nilai transaksi tidak melebihi RM500

Bagi kes kehilangan kad Paywave tersebut, pengguna hanya perlu memaklumkan kepada pihak bank yang mana mereka akan membatalkan kad itu serta-merta dan penggunaannya akan dijejaki.

Ok, lepas ni jangan risau untuk berbelanja menggunakan teknologi ini kerana ia benar-benar memudahkan kita.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY