Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TSMC Arizona

Tim Cook Sahkan Apple Akan Guna Cip ‘Made in America’

Diterbitkan Disember 7, 2022 ยท Dikemas kini Disember 7, 2022 oleh Amalina Athman

CEO Apple Tim Cook hari ini mengesahkan bahawa Apple akan membeli cip dari kilang Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) yang berpangkalan di Arizona, Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Dan Dimensity 9200 Didakwa Guna Teknologi 4nm TSMC
  • Pengasas TSMC Sahkan Kilang Di Amerika Syarikat Akan Keluarkan Cip 3nm

Menurut CNBC, pada pengumuman pelaburan TSMC di Arizona, Cook menyatakan,

And now, thanks to the hard work of so many people, these chips can be proudly stamped Made in America,

Bagi yang belum tahu, TSMC mengeluarkan semua cip yang digunakan dalam iPhone, iPad, Mac dan peranti Apple yang lain. Pada masa ini, kebanyakan pembuatan cip pemproses dilakukan di Taiwan, tetapi TSMC sedang membina dua kilang di Arizona kerana Apple mahu memindahkan lebih banyak pembuatan ke Amerika Syarikat.

Untuk tujuan itu, TSMC menyatakan pihaknya akan membelanjakan sekitar $40 bilion (~RM175 bilion), dengan kilang pertama dijangka akan dibuka pada 2024 dan yang kedua dibuka pada 2026. Salah satu kilang TSMC di Arizona akan mengeluarkan cip 4-nanometer apabila ia dibuka kelak.

Setelah beroperasi sepenuhnya, TSMC dijangka akan menghasilkan 600,000 wafer setahun. Pada masa hadapan, TSMC juga akan menggunakan kilang itu untuk mengeluarkan cip 3-nanometer untuk Apple.

Gambar utama: 9to5Mac

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY