Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Lancar Perkhidmatan Penstriman TikTok Music

TikTok Lancar Perkhidmatan Penstriman TikTok Music

Diterbitkan Julai 11, 2023 · Dikemas kini Julai 11, 2023 oleh Firdaus

TikTok merupakan media sosial generasi baharu yang mula meningkat naik sejak beberapa tahun yang lepas. Kini, ia adalah salah satu platform sosial dalam talian dengan pengguna aktif paling ramai di dunia.

TikTok Lancar Perkhidmatan Penstriman TikTok Music

Baru-baru ini, TikTok telah melancarkan perkhidmatan penstriman muzik yang dipanggil TikTok Music. Walau bagaimanapun, TikTok melancarkan aplikasi tersebut hanya untuk negara Brazil dan Indonesia sahaja.

Kelebihan TikTok Music

Aplikasi ini membolehkan anda menyelaraskan akaun TikTok sedia ada untuk mendengar, memuat turun dan berkongsi lagu.

Selain itu, anda boleh mendengar lagu daripada syarikat rakaman terbesar dunia seperti Universal Music Group, Warner Music Group dan Sony Music.

TikTok Music

Selain itu, anda juga boleh memain lagu tular TikTok dalam versi penuh, membuat senarai lagu dengan kawan-kawan, import senarai muzik, mencari lagu melalui lirik dan banyak lagi.

Menariknya lagi, aplikasi ini juga membolehkan anda mencari lagu melalui ciri seperti – Shazam. Seperti Spotify Premium, TikTok Music membolehkan anda memuat turun lagu untuk penggunaan di luar talian.

Berkaitan

  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • Siri HONOR 90 Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 20 Julai Ini
  • EA Sports Tayang Treler Rasmi Permainan Video Bola Sepak Terbaru Ganti FIFA
  • Kereta EV Pertama Xiaomi Dijangka Hadir Pertengahan Pertama 2024
  • Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Dijangka Selepas September - MCMC

TikTok Music akan menggantikan Resso, perkhidmatan penstriman sedia ada ByteDance yang akan ditutup pada 5 September depan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat atau pengumuman rasmi akan kehadiran aplikasi itu untuk pasaran lain mahupun tempatan.

Sumber: techcrunch

Gambar utama: Billboard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY