Pada Jun lepas, Xiaomi didakwa memperlihatkan kereta elektrik pertama daripada syarikat itu. Berdasarkan gambar-gambar yang didedahkan, rekaan dan bentuk kereta itu tampak lebih sporty dan moden.
Kini, penghasilan kereta EV pertama Xiaomi itu berjalan dengan cepat, lancar dan mengikut pelan pelancarannya – Lu Weibing (Presiden Xiaomi).
Untuk pengetahuan anda, terdapat maklumat yang mengatakan kereta EV ini dijual pada harga permulaan CNY149,900 (~RM97,000).
Walau bagaimanapun, Ketua PR Xiaomi, Wang Hua menjelaskan khabar angin tersebut adalah palsu dan tidak benar.
Berdasarkan pelan mereka, kereta EV pertama tersebut dijadualkan untuk hadir pada pertengahan pertama tahun 2024 depan.
Sumber: Gizmochina
Gambar utama: Gizmochina


