Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiktok dan Bumble Sedang Memerangi Unsur Lucah Tanpa Izin Daripada Tersebar

Tiktok dan Bumble Sedang Memerangi Unsur Lucah Tanpa Izin Daripada Tersebar

Diterbitkan Disember 6, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Selepas Meta, Tiktok dan Bumble turut mengambil inisiatif untuk mengelakkan sebarang unsur lucah tidak diingini tersebar.

Unsur-unsur lucah ini adalah termasuk ‘balas dendam’ atau sebarang gambar dan video yang disebarkan tanpa izin daripada orang di dalam gambar berkenaan.

Tindakan tegas ini adalah hasil kerjsama bersama StopNCII.org (Stop Non-Consensual Intimate Image Abuse). Hasil kolaborasi ini terhasil dengan Meta juga sebelum ini.

TikTok, Bumble, Facebook dan Instagram kini akan mengesan atau menghalang mana-mana gambar yang memadani data StopNCII.org.

Laman sesawang StopNCII.org membenarkan pengguna untuk menghasilkan gambar-gambar yang berunsurkan lucah ini dalam bentuk ‘hashed‘.

Dengan cara ini, privasi data pengguna dijamin terjaga dan gambar yang dilaporkan hanya dihantar dalam bentuk kombinasi tulisan dan nombor sahaja.

Kesemua gambar ‘hashed‘ kemudiannya dihantar ke syarikat-syarikat yang berkolaborasi dengannya. Jika mana-mana gambar atau video padan dan memenuhi syarat polisi, fail tersebut akan terus dihantar kepada pasukan platform.

Berkaitan

  • PC Image - Rangkaian Stor Barangan PC Terbesar Di Malaysia
  • Terlalu Pantas, Siri realme GT Neo 5 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan 240W
  • Rangkaian 5G Ericsson Dan DNB Catat Rekod Dunia Dengan Jarak Kelajuan Gigabit
  • Apple Dilapor Dalam Perancangan Pindahkan Beberapa Pengeluaran iPad Ke India
  • TikTok Mahu Jalin Kerjasama Untuk Atasi Penyebaran Kandungan Berunsur Provokatif - Fahmi Fadzil

Mana-mana gambar atau video berkenaan memasuki platform akan terus dibuang. Platform-platform yang lain juga akan mengambil tindakan dengan menghalang gambar tersebut daripada tersebar.

Meta telah mengambil insiatif ini sejak 2017 bermula di Australia. Mereka meminta pengguna untuk menghantar gambar-gambar lucah di ruang Messenger serta menjanjikan gambar tersebut akan dibuang semula.

Namun, permintaan itu menaikkan persoalan mengenai privasi mereka di dalam platform tersebut.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY