PC Image - Rangkaian Stor Barangan PC Terbesar Di Malaysia

Malaysia Book of Records (MBR) telah menganugerahkan jenama PC image SDN BHD sebagai "Largest Computer retail outlet in Malaysia".

Anugerah pengiktirafan itu telah disampaikan oleh konsultan rekod MBR, En. Edwin Yeoh kepada Pengarah Urusan PC image, En. Simon Kong dan disaksikan Timbalan Premier Sarawak, YB Dato SriProfessorDr.Sim Kui Hian.

Lebih 20 Tahun Yang Cemerlang




Sejak penubuhan PC image lebih 20 tahun lalu pada tahun 2000 di Kuching, jenama itu telah berjaya berkembang ke seluruh Malaysia dengan lebih 30 buah cawangan.

Menariknya lagi, anugerah tersebut telah disampaikan pada hari Isnin, 5 Disember di mana ia adalah ulang tahun PC image yang ke 20 tahun.

{suggest}

Promosi Komputer Riba Pada Harga RM999 Sahaja


Sempena ulang tahun mereka yang ke 20, PC image akan menawarkan Infinite Desktop PC Essential B40 dan Infinite Laptop 151G-SWS pada harga promosi RM999 sahaja.

INFINITERACER Envy 151G/2MP-SWS 15.6" Laptop | PC Image

Kedua-dua peranti tersebut mempunyai harga pasaran pada RM1,499. Tidak lupa juga tawaran peranti tersebut hanyalah sah untuk golongan B40 sahaja.

Pembaca yang berminat boleh menyemak kelayakan dan membuat pesanan melalui pautan ini sementara stok masih ada.

Sumber: Media PC image

Gambar utama: Borneo Post Online