Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saiz Call of Duty: Black Ops 6 Xbox 309.85 GB, Perlu Sambungan Internet Setiap Masa

Saiz Call of Duty: Black Ops 6 Xbox 309.85 GB, Perlu Sambungan Internet Setiap Masa

Diterbitkan Jun 10, 2024 · Dikemas kini Jun 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Permainan Call of Duty: Black Ops 6 kini disahkan akan hadir dengan saiz sekitar 309.85 GB. Ini adalah untuk konsol Xbox Series S/X dan saiz storan bagi platform lain belum diketahui lagi.

Menerusinya, ia merupakan permainan Call of Duty yang hadir dengan saiz paling besar dalam sejarah francais popular tersebut.

To deliver the highest-quality visuals while also reducing the game’s overall storage space on your hard drive, Call of Duty: Black Ops 6 will use texture streaming across all game modes.

Buat makluman, saiz tersebut boleh dikatakan “agak kecil”. Ini kerana, Activision dalam kenyataan mereka bahawa COD: Black Ops 6 akan menggunakan penstriman tekstur dalam menawarkan kualiti visual lebih tinggi. Disebabkan itu juga, saiz permainan dapat dikurangkan.

This means you’ll need a continuous internet connection to play any game mode, including Campaign. If you’re on a console, Campaign can be played without a premium subscription service such as Game Pass Core or PlayStation Plus.

Secara tidak langsung, COD: Black Ops6 ini juga memerlukan pemain untuk sentiasa mempunyai sambungan internet setiap masa dalam semua mod permainan, termasuk campaign.

Bagaimanapun, Activision mengatakan yang pemain tidak perlu untuk melanggan pelan seperti Game Pass atau PS+ bagi memainkan mod campaign. Hanya mod multipemain sahaja yang memerlukan langganan sedemikian.

Sebelum ini, EA pernah membuat perkara yang sama pada Need for Speed (2015) di mana permainan ini memerlukan pemain untuk mempunyai sambungan internet setiap masa walaupun bukan untuk bermain multipemain.

Imbas kembali, Call of Duty: Black Ops 6 sudah boleh diprapesan dan ia akan tersedia untuk PS4, Xbox One, PS5, Xbox Series S/X dan juga PC pada 25 Oktober 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Xbox Series X Kini Hadir Dengan Varian Digital, Warna Putih

Sumber: CallofDuty, Activision

Rujukan: videogamechronicle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY