Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Anime One Piece Berehat Seketika, Diganti Dengan ‘Fish-Man Island’ Baharu

Siri Anime One Piece Berehat Seketika, Diganti Dengan ‘Fish-Man Island’ Baharu

Diterbitkan Oktober 14, 2024 · Dikemas kini Oktober 14, 2024 oleh ariff bukhari

Peminat One Piece nampaknya terpaksa bersabar menunggu siri anime baharunya yang biasa ditayangkan setiap minggu.

Ini kerana, siri anime popular itu akan berehat sehingga April 2025 dengan bahagian kisah pengembaraan krew Topi Jerami di Pulau Egghead akan diteruskan pada tahun depan.

Tempoh ‘bertenang’ itu adalah bagi ‘pengecasan semula,’ serta untuk menghasilkan kualiti anime yang lebih tinggi.

Turut diumumkan adalah “VERSI SUNTINGAN KHAS” bahagian Fish-Man Island yang akan disiarkan di Crunchyroll mulai 27 Oktober.

Ia adalah versi episod Fish-Man Island yang disertakan dengan kemas kini pada pencahayaan, kualiti bunyi Dolby Atmos dan banyak lagi untuk menjadikannya lebih selaras dengan cara semasa siri anime yang baharu itu dihasilkan.

Siri Anime One Piece Berehat Seketika, Diganti Dengan ‘Fish-Man Island’ Baharu

Walaupun pada asalnya pengembaraan di Fish-Man Island mengambil masa setahun untuk disiarkan dengan 58 episod, versi baharu anime ini akan diringkaskan kepada 21 episod sahaja.

Penerbit One Piece Ryuta Koike menjelaskan, ia tidak boleh dilihat sebagai kompilasi, tetapi lebih kepada mereka sebenarnya membina semula kisah ini dari awal dan disunting menjadi 21 episod baharu.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Netflix Acah Kelibat 'Chopper' Untuk One Piece Musim Ke-2
  • HarmonyOS NEXT, Huawei Kini Meninggalkan Android Sepenuhnya

Sumber: ComicBook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY