Tiga Peranti Honor Dijangka Terima Kemaskini Android Pie Dalam Bulan Ini

Honor baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sistem EMUI 9 berasaskan Android 9 Pie akan mula ditawarkan kepada tiga model mereka - Honor View 10, Honor 10 dan Honor Play dalam beberapa minggu mendatang.

Malah, salah satu daripada peranti tersebut iaitu Honor View 10(V10) dilihat telah mula menerima penawaran sistem berkenaan sejak semalam(14 Dis). Manakala ia dilaporkan akan tersedia untuk Honor 10 pada 20 Disember dan Honor Play dalam beberapa minggu mendatang.



Kemaskini ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati teknologi GPU Turbo 2.0 selain daripada antaramuka baharu serta fungsi-fungsi EMUI 9 lain seperti Digital Balance dan sistem navigasi melalui isyarat tangan yang baharu.

Bagi pengguna Honor View 10 yang masih belum mengemaskini EMUI 9 ini, anda boleh menyemaknya dengan pergi ke halaman Settings > System > Software Update.

 

Sumber: Honor Malaysia