Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-31T154040.126

Tiga Monitor ‘Gaming’ OLED Acer Dilancar, 480Hz Dengan Resolusi 1440p

Diterbitkan Mei 31, 2024 oleh Muhd Idham

Acer kini telah melancarkan tiga produk monitor jenis OLED yang direka khas untuk kegunaan para pemain permainan video yang juga merupakan barisan monitor Predator iaitu Predator X27U F3, Predator X32 X3 dan Predator X34 X3.

Predator X27U F3

Screenshot 2024-05-31 145856

Untuk model ini, ia menggunakan paparan bersaiz 27 inci dengan kelengkapan kadar segar semula 480Hz, kadar tindak balas 0.01 ms dan resolusi WQHD (2560 x 1440).

Juga sesuai untuk sambungan slot jenis C dan hadir dengan dua slot HDMI 2.1.

Predator X34 X5

Screenshot 2024-05-31 145823

Ini pula adalah monitor Predator jenis lengkung pada 1800R dan mempunyai resolusi UWQHD (3440 x 1440). Ciri lainnya seperti kadar segar semula 240Hz, kadar tindak balas 0.03 ms, dua slot HDMI 2.1 dan sambungan jenis C.

Predator X32 X3

Screenshot 2024-05-31 145839

Saiz skrin untuk monitor ini pula adalah 31.5 inci dan hadir dengan resolusi 4K UHD (3840 x 2160) pada kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 0.03 ms.

Namun, ketersediaannya di pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui tetapi harganya untuk pasaran global adalah seperti di bawah.

  • Predator X27U F3 = USD1,199.99 (~RM5,648.74)
  • Predator X34 X5 = USD1,099.99 (~RM5,178.01)
  • Predator X32 X3 = USD1,199.99 (~RM5,648.74)

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • ZOTAC Akan Umum Konsol Mudah Alih Minggu Depan, Mungkin Guna Cip AMD Ryzen 7
  • Ini Senarai Produk Dengan Diskaun Sehingga 75% Untuk Jualan 6.6 Xiaomi
  • Qatar Airways Berkolaborasi Dengan Starlink, Tawar Wi-Fi Percuma Berkelajuan Ultra Tinggi Dalam Pesawat

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY