Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qatar Airways

Qatar Airways Berkolaborasi Dengan Starlink, Tawar Wi-Fi Percuma Berkelajuan Ultra Tinggi Dalam Pesawat

Diterbitkan Mei 31, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan pengenalan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan kependaman rendah inovatif Starlink pada tiga pesawat Boeing 777-300nya menjelang suku terakhir tahun ini.

Ia sebagai sebahagian daripada fasa awal daripada strategi pelancarannya yang merupakan pertama seumpamanya di rantau MENA di mana Qatar Airways adalah syarikat penerbangan terbesar yang bekerjasama dengan Starlink.

Langkah strategik ini mengukuhkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan pengalaman penumpang di atas pesawat, dengan rancangan untuk meluaskan teknologi yang didayakan SpaceX secara progresif ke seluruh armada modennya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dengan menawarkan sambungan Wi-Fi berkelajuan ultra tinggi sehingga 500 megabit sesaat setiap kapal terbang, penumpang Qatar Airways boleh menggunakan rangkaian berkelajuan tinggi dan kependaman rendah dengan ‘one-click-access’ yang mudah untuk menikmati pelbagai perkhidmatan berasaskan internet seperti penstriman video hiburan, permainan dalam talian, melayari laman sesawang dan banyak lagi.

Qatar Airways baru-baru ini telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun 2024 oleh AirlineRatings.com.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Kapal Pemasangan Kabel Bawah Laut Dikecualikan Dasar Kabotaj Bermula Jun
  • AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 - AirlineRatings.com

Sumber: Qatar Airways

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY