Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iMac 2024

Tiga Komputer Apple Dengan Cip M4 Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri Mac Mini, iMac, dan MacBook Pro baharu yang dikuasakan cip M4. Model iMac dan MacBook Pro akan mula dihantar kepada pelanggan pada 4 Disember 2024, manakala Mac Mini akan mula dihantar pada 10 Disember 2024.

Screenshot 2024-11-29 173535

Melalui laman web rasmi Apple Malaysia, kedua-dua model Mac Mini hadir dengan cip M4 dan M4 Pro di mana ia sudah boleh dibeli. Model paling murah dijual pada harga RM2,499 untuk variasi 16/256 GB.

Model tertinggi Apple Mac Mini M4 Pro hadir dengan spesifikasi luar biasa, termasuk CPU 14-teras, GPU 20-teras, dan Neural Engine 16-teras untuk prestasi maksimum. Ia turut dilengkapi memori 64GB RAM, storan 8TB SSD, serta sambungan Ethernet 10 Gigabit yang memastikan kelajuan sambungan rangkaian terpantas. Ia tersedia pada harga RM20,024.

Screenshot 2024-11-29 173558

Bagi iMac, harga bermula dari RM5,799 dengan spesifikasi asas cip M4 8-teras, 16GB RAM, dan storan 256GB SSD. Konfigurasi maksimum mencapai RM12,919 dengan cip M4 10-teras, 32GB RAM, storan 2TB SSD, kaca nano-tekstur, serta Magic Trackpad dan Keyboard Touch ID.

Screenshot 2024-11-29 173617
Screenshot 2024-11-29 173634

 

MacBook Pro pula tersedia dalam dua saiz, iaitu 14-inci dan 16-inci. Model 14-inci bermula pada harga RM6,999 dengan spesifikasi asas, manakala konfigurasi maksimum dengan cip M4 Max, RAM 96GB, dan storan 8TB mencapai RM30,364. Untuk model 16-inci, harga bermula dari RM10,999 dan boleh mencecah sehingga RM31,739.

Apple juga menyediakan pilihan ansuran bulanan dan konfigurasi fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Kami Menghargai Jasa Dan Sumbangan Ananda Krishnan - Maxis
  • SAIC Juga Akan Mulakan Pengeluaran Besar-Besaran Bateri Keadaan Pepejal Generasi Ke-2
  • Boleh Dapat Kod S.T.A.L.K.E.R 2 & Baucar Steam Dengan Pembelian Produk MSI Ini
  • U Mobile Buka Kedai Baharu di IOI City Mall Putrajaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY