Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boleh Dapat Kod S.T.A.L.K.E.R 2 & Baucar Steam Dengan Pembelian Produk MSI Ini

Boleh Dapat Kod S.T.A.L.K.E.R 2 & Baucar Steam Dengan Pembelian Produk MSI Ini

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Rushsyafizal

MSI melancarkan promosi eksklusif Disember, khas untuk peminat tegar permainan video. Bermula 1 hingga 31 Disember 2024, pengguna yang membeli produk MSI yang layak dan berkongsi ulasan mereka di platform runcit dalam talian berpeluang menerima kod permainan percuma S.T.A.L.K.E.R. 2 bernilai USD59.99 (~RM266) serta baucar Steam bernilai USD30.

Promosi ini berjalan daripada 1 Disember hingga 31 Disember 2024 yang ditawarkan pada produk Monitor MSI QD-OLED.

Cara Penyertaan:

  1. Daftar Akaun MSI di MSI Member Center.
  2. Daftarkan Produk MSI Anda dalam profil MSI.
  3. Kongsikan ulasan produk di platform runcit yang disenaraikan (minimum 100 perkataan).
  4. Hantar pautan ulasan anda di profil MSI untuk menebus hadiah.
unnamed (14)
unnamed (15)
unnamed (13)

MPG 321URX QD-OLED menawarkan teknologi QD-OLED Premium yang memberikan warna lebih tepat dan hidup. Ia dilengkapi dengan kadar segar semula 240Hz serta respons pantas 0.03ms, memastikan pengalaman visual yang lancar dan tanpa gangguan. Dengan ciri OLED Care 2.0, ketahanan panel diperbaiki untuk jangka hayat lebih panjang.

Console Mode disertakan bersama port USB Type-C 90W, membolehkan pengecasan pantas dan sambungan mudah. Monitor ini tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu hitam klasik dan putih elegan.

MAG 271QPX QD-OLED E2 hadir dengan resolusi WQHD (2560×1440) dan kadar segar semula 240Hz, memberikan pengalaman visual yang tajam dan lancar. Ia menyokong VESA ClearMR 13000 serta HDR True Black 400, memastikan paparan yang kaya dengan warna mendalam dan kontras luar biasa.

Monitor ini juga dilengkapi dengan port HDMI 2.1, menjadikannya ideal untuk konsol permainan dengan sokongan VRR (Variable Refresh Rate) dan ALLM (Auto Low Latency Mode), memastikan permainan lebih responsif dan bebas daripada lag.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk memiliki MSI QD-OLED monitor y sambil menikmati permainan percuma dan ganjaran hebat. layari laman rasmi MSI di MSI Malaysia.

Berkaitan

  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • HUAWEI MatePad 12 X Kini Tersedia Di Malaysia
  • Huawei Watch D2 Kini Tersedia Di Stor Seluruh Malaysia
  • Kami Menghargai Jasa Dan Sumbangan Ananda Krishnan - Maxis
  • SAIC Juga Akan Mulakan Pengeluaran Besar-Besaran Bateri Keadaan Pepejal Generasi Ke-2

Sumber: Siaran media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY