Memetik laporan The Elec, Samsung akan menghasilkan paparan OLED Ultra Thin Glass (UTG) secara besar-besaran untuk Google, Xiaomi, dan vivo bermula Oktober ini.
Seperti sedia maklum, ketiga-tiga jenama ini dikhabarkan ingin mengumumkan peranti boleh lipat mereka menjelang hujung tahun 2021 ini.
Untuk Google, mereka akan menggunakan paparan dalam lipatan berukuran 7.6-inci manakala vivo akan hadir dengan paparan boleh lipat berukuran 8-inci.
Dimensi skrin untuk peranti boleh lipat Xiaomi masih tidak diketahui.
Baca juga - OPPO Dan Vivo Dilapor Sedang Hasilkan Telefon Boleh Lipat
Selain itu, telefon boleh lipat OPPO dengan rekaan seperti kerang (clamshell) dengan paparan LTPO 7.1-inci juga menggunakan paparan oleh Samsung. Namun, pelancarannya dilaporkan telah ditangguh ke tahun 2022.
Sumber: gsmarena
Berkaitan
- Cara Lain Untuk Gunakan Google Search Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
- Remaja Rasa Google Lebih 'Cool' Dari Apple (Mengikut Kajian Google)
- Imej Xiaomi Redmi 5 Plus Tertiris Dengan Skrin 18:9 Dan Dwi Kamera Belakang
- Google Akan Menggunakan SMS Untuk Pengguna Mencuba Cara Pengesahan Yang Baru
- Samsung Mulakan Proses Pembuatan Cip 16Gb LPDDR4X Generasi Ke-2
- Samsung Menambah Proses 11nm Dalam Portfolio Foundry Mereka
- OPPO Nak Buat Konsert Di Shopee Dan Akan Bagi Kod Promo Bernilai Sehingga RM18,000 Kepada Penonton
- Google Sedang Menguji Aplikasi Carian Yang Lebih Ringan Untuk Membantu Pengguna Menjimatkan Data
- Tepi Sikit Google Pixel, Kini Ada Juara Baru Dalam Kategori Kamera Telefon Pintar
- ARCore Semakin Dekat Untuk Dilancarkan Oleh Google