Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Menambah Proses 11nm Dalam Portfolio Foundry Mereka

Samsung Menambah Proses 11nm Dalam Portfolio Foundry Mereka

Diterbitkan September 12, 2017 oleh Wiser MY

Samsung Electronics kini telah menambah teknologi proses 11-nanometer FinFet dalam portfolio foundry mereka.

Teknologi 11-nanometer Lo Power Plus atau 11LPP dicapai setelah penskalaan dilakukan terhadap generasi awal proses 14-nanometer. 11Lpp menawarkan 15% peningkatan prestasi dan bersaiz 10% lebih kecil dengan penggunaan kuasa yang sama sebelum generasi sebelum ini.

Syarikat Korea Selatan itu telah menggunakan teknologi 10-nanometer yang lebih canggih untuk peranti mereka termasuk pelanggan mereka yang lain. Contoh cip yang menggunakan 10-nanometer adalah sama seperti apa yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note 8.

Proses teknologi 11-nanometer ini disasarkan untuk peranti kelas pertengahan dan keatas. Samsung juga dikatakan sedang bersaing dengan pesaing Taiwan mereka dalam pasaran 10.nanometer dan berusaha menjadi pengeluar pertama mengeluarkan proses 7-nanometer.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY