Melalui ciri itu, ketika ingin menghantar e-mel anda boleh menetapkan tarikh tamat tempoh e-mel dan juga kod laluan. Apabila melepasi tempoh yang ditetapkan, e-mel akan dihapuskan secara automatik.
Jika dihantar kepada penerima yang tidak menggunakan Gmail, mereka memerlukan kod laluan khas untuk membuka e-mel terbabit. Kod laluan akan diberikan oleh Google melalui e-mel ataupun dengan SMS.
Cara untuk mengaktifkannya adalah sangat mudah. Ikuti gambar dibawah.
- Tekan butang untuk e-mel baru, pilih tiga titik bertindih dipenjuru atas kanan.
- Pilih Confidential Mode
- Tetingkap baru akan keluar, tetapkan tempoh seperti 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan atau 5 tahun.
- Bagi penghantaran e-mel selain dari Gmail, penerima memerlukan kod laluan yang diberikan secara automatik oleh Google, e-mel atau SMS.
Mungkin ada dokumen penting yang ingin dikongsikan dengan rakan, anda boleh gunakan mod ini. Buat masa sekarang, ia masih belum menemui pengguna iOS, tetapi dijangkakan dalam masa terdekat.
Sumber: Gmail
Berkaitan
- Google Perkenal Shadow Art, Permainan Berasaskan Kecerdasan Buatan
- Google Play Store Dikatakan Menguji Ciri Muat Turun Beberapa Aplikasi Secara Serentak
- Jimat RM5 Pembelian Kali Pertama Aplikasi Di Google PlayStore Melalui Celcom Pay
- Google Bakal Beri Saingan Kepada PlayStation, Xbox dan Nintendo Switch
- Google Patenkan Laptop Yang Boleh Dibuka Secara Automatik
- Bukan Lagi Khabar Angin, Google Pixel 2 Sah Hadir Di Pasaran Tahun Ini
- Fortnite, Samsung Galaxy Watch Dan Google Night Sight Antara Pemenang GLOMO Awards Di Acara MWC 2019
- Google Flights Boleh Ramal Jika Penerbangan Akan Ditunda
- Google Chrome Akan Label Laman Web Yang Perlahan Untuk Diakses
- Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android