Tiada Perkahwinan Dalam Permainan Video Doraemon: Nobita's Story Of The Season

Permainan video ala Harvest Moon, Doraemon: Nobita's Story of the Season bakal dilancarkan untuk platform Nintendo Switch pada 13 Jun ini di Jepun.

Siri Story of the Season dikenali sebagai permainan video yang menfokuskan kepada gaya hidup, cinta dan kekeluargaan. Akan tetapi, nilai cinta mungkin tidak akan menjadi tumpuan pada keluaran kali ini.

https://youtu.be/mu8t1YyZt-c

Ini kerana pengeluarnya, Bandai Namco mengesahkan bahawa permainan itu tidak akan mempunyai sistem perkahwinan dan percintaan di dalamnya.

Menurut mereka, ia boleh mengurangkan keseronokan bermain kepada pemain. Berita ini mungkin sedikit mengecewakan kepada peminat siri permainan Story of the Season.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai penawaran permainan Doraemon: Nobita's Story of the Season bagi versi global telah didedahkan setakat ini.

 

Sumber: Ga-M via Switchsoku