Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapchat Tampil Dengan Spectacles Yang mampu Merakam Video 10 Saat

Snapchat Tampil Dengan Spectacles Yang mampu Merakam Video 10 Saat

Diterbitkan September 25, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Snapchat Tampil Dengan Spectacles Yang mampu Merakam Video 10 Saat

CEO, Evan Spiegel telah memperkenalkan produk terbaru daripada Snapchat, iaitu sebuah kaca mata yang mampu merakam video selama 10 saat. Ianya dikenali sebagai Spectacles.

Snapchat yang terkenal dengan aplikasi video perbualan segera baru-baru ini menukar nama syarikat sebagai Snap Inc dan akan melebarkan sayapnya dalam industri teknologi, bukan hanya pada Snapchat.

Spectacles berharga $129.99 yang bersamaan dengan RM532. Ianya dicipta dengan kamera yang mempunyai lensa 115 darjah dan mampu merakam video selama 10 saat. Pengguna hanya perlu menyentuh butang di bingkai kaca mata Spectacles dan merakam apa yang anda sedang lihat. Ianya boleh disambungkan ke peranti telefon pintar menggunakan wireless connection.

Spectacles hadir di pasaran dengan pelbagai pilihan warna pasaran namun hanya memiliki satu saiz sahaja setakat ini. Bagi pihak Wisermy, Spectacles mungkin akan menjadi perintis kaca mata masa hadapan yang mampu mengambil gambar dan merakam video. Diharapkan Spectacles ini mendapat sambutan di pasaran dan tidak mengikut nasib yang sama seperti Google Glass.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY