Logitech keluarkan peranti baru Pop Home Switch







Logitech kini mempunyai peranti baharu yang di panggil Pop Home Switch dan ianya sedikit berbeza berbanding peranti peranti mereka sebelum ini. Sebelum ini Logitech lebih gemar untuk mengeluarkan peranti yang berbentuk butang fizikal, skrin sentuh dan kali ini mereka mengeluarkan satu peranti yang lebih ringkas dengan ciri satu butang sentuh.



The Pop mempunyai satu butang bulat besar direka dengan Lampu Phillips Hue, LIFX dan juga ciri ciri menarik yang lain. Ianya boleh dihubungkan bersama Android atau iOS, dimana pengguna boleh terus menghubungkan dengan Wi-Fi dan mengawal menggunakan peranti ini.



Peranti ini mempunyai satu butang besar yang sebenarnya mempunyai tiga fungsi. Penguna boleh menekan satu kali, dua kali dan tekan selama beberapa saat untuk tiga fungsi yang berbeza. Pengguna juga boleh mengubah style lampu mengikut citarasa masing masing. Peranti di keluarkan Logitech oleh kerana ramai mengalami masalah untuk memuat turun aplikasi baru untuk mengguna peranti pintar yang baru. Misalnya ada rakan anda mahu menggunakan telefon pintar anda untuk mendengar lagu, sudah semestinya anda tidak mahu memberikannya bukan? Atau anda juga perlu menggunakan telefon pintar anda pada masa yang sama. Pop Home Switch adalah jalan penyelesainya