Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Prestasi Exynos 2200 Dengan GPU AMD ‘Tapau’ Snapdragon 8 Gen 1

Posted on Januari 25, 2022Januari 25, 2022

Walaupun belum banyak peranti yang dilancarkan lagi tahun ini tetapi cip Qualcomm menerima kekalahan satu demi satu.

Kalau sebelum ini, CPU Dimensity 9000 mengalahkan Snapdragon 8 Gen 1 dalam ujian penanda aras Geekbench 5, sekarang Exynos 2200 pula tewaskan cip Qualcomm tersebut untuk prestasi GPU.

Berdasarkan ujian prestasi di platform Geekbench, Exynos 2200 digunakan pada peranti Samsung SM-S908B.

Exynos 2200 (left) vs Snapdragon 8 Gen 1 (right)

Vulcan score: pic.twitter.com/7m8YwyTttT

— Anthony (@TheGalox_) January 21, 2022

Xclipse 920 tampil dengan prestasi yang cemerlang menerusi ujian OpenCL dengan skor sebanyak 9143. Manakala prestasi pada ujian Vulkan pula sebanyak 9029.

Sebagai perbandingan, skor Vulkan untuk Snapdragon 8 Gen 1 yang digunakan pada peranti Motorola XT2201-2 hanya 6985. Dengan ini, sekaligus membuatkan Exynos 2200 akhirnya mengatasi cip terbaru Qualcomm (dari segi prestasi GPU). Pun begitu, skor Apple A15 Bionic masih lagi tinggi dengan nilai 14556.

Oneplus 10 Pro Vulkan score: pic.twitter.com/oa1yVJ7ZTg

— Anthony (@TheGalox_) January 21, 2022

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hasil skor penanda aras ini bukan dalam situasi sebenar. Kita perlu mencubanya terlebih dahulu sebaik sahaja ia dilancarkan kelak.

Sumber: TheGalox, Tomshardware

Baca juga:

  • Meta Bangunkan Superkomputer AI Terpantas Di Dunia, Siap Sepenuhnya Pertengahan Tahun Ini

  • Laman Rasmi Samsung ‘Kantoikan’ Tarikh Pelancaran Galaxy S22, Khabar Angin Kuat Mengatakan Awal Februari Ini

  • Kes Mencuri Elektrik Untuk Melombong Bitcoin Meningkat 400% Di Malaysia, Rugi Lebih RM2.3 Bilion

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress