Ura-Ura Akan Terdapat Snapdragon 865 Plus, Hadir Pada Suku Ketiga Tahun Ini

Peranti pintar yang menggunakan cip Snapdragon 865 hanya baru sahaja beberapa model yang telah dilancarkan. Namun, terdapat laporan bahawa cip ini akan mendapat model pengganti iaitu Snapdragon 865+ yang akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.

Maklumat ini diperoleh dari kiriman laman Weibo. Menurutnya, model prototaip cip tersebut bakal diuji dalam bulan April ini.



Qualcomm sebelum ini sememangnya tidak asing dalam mengeluarkan dua versi cip berkuasa dalam satu tahun. Tahun 2019, mereka melancarkan Snapdragon 855 dan 855+ manakala tahun 2016 dengan Snapdragon 820 dan 821.

Antara perbezaan yang dijangka antara Snapdragon 865 dan 865+ adalah peningkatan kelajuan untuk CPU dan juga GPU. Kemungkinan juga ia adalah peningkatan dari segi tahap efisien penggunaan tenaga terutamanya dari segi penyambungan rangkaian 5G.

Sumber: Gizmochina

Berkaitan