Thailand Lancarkan Aplikasi Berfungsi Untuk Kesan Penduduk Yang Kuarantin Sendiri

Baru-baru ini, Thailand telah melancarkan satu aplikasi secara dalam talian bagi mengesan penduduk tempatan serta pelancong dari enam negara dan wilayah yang berisiko tinggi terhadap wabak Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah sendiri. Antara negara dan wilayah yang berisiko adalah China, Korea Selatan, Iran, Hong Kong dan Macau.

Aplikasi tersebut dibangunkan dengan tujuan untuk memastikan rakyat Thailand serta pelancong yang dibenarkan keluar dari Zon Penyakit Berjangkit untuk berada di dalam rumah selama 14 hari.

airport

Penduduk tempatan yang kembali ke negara mereka sendiri dari enam negara yang berisiko tinggi akan memuat turun aplikasi tersebut selepas proses tapisan di lapangan terbang. Mereka juga perlu mengisi maklumat peribadi dan pihak berkuasa akan mengesan menerusi lokasi masa nyata.

Bagi mereka yang tidak mempunyai gejala hendaklah menjalani kuarantin sendiri di rumah. Manakala bagi warga asing, mereka akan dikuarantin di sebuah hotel di Lapangan Terbang selama 14 hari.

Sumber : Bernama