Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Pelancongan ‘Melaka eXcess’ Salah Satu Usaha Majukan Industri Pelancongan Melaka

Aplikasi Pelancongan ‘Melaka eXcess’ Salah Satu Usaha Majukan Industri Pelancongan Melaka

Diterbitkan Januari 15, 2020 ยท Dikemas kini Januari 16, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Pada bulan Mac ini, Melaka bandaraya bersejarah akan melancarkan satu aplikasi pelancongan yang dipanggil ‘Melaka eXcess’. Aplikasi rasmi negeri ini adalah salah satu usaha yang dibuat bagi memacu industri pelancongan ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

Aplikasi tersebut akan menyediakan maklumat lengkap mengenai destinasi pelancongan, tempat makanan menarik, kedai cenderahati, promosi dan diskaun. Ia ditawarkan bagi menarik minat kedatangan pelancong dan memudahkan akses mereka sepanjang berada di negeri ini.

Selain itu, aplikasi yang dibangunkan ini juga bekerjasama bersama syarikat swasta, Pilihan Lampiran Swasta Sdn Bhd. Ia turut berfungsi sebagai e-dompet, sistem navigasi serta ulasan pengguna berkaitan industri pelancongan Melaka.

Aplikasi ini akan menghimpunkan pemain industri pelancongan negeri dalam pelbagai sektor termasuk agensi pelancongan dan usahawan. Dengan aplikasi ini mereka dapat menawarkan perkhidmatan, produk atau pakej pelancongan mereka.

Buat masa ini, ‘Melaka eXcess’ berada di peringkat akhir dalam pembangunan. Pendaftaran juga masih dibuka bagi pemain industri yang menginginkan perniagaan mereka berada dalam aplikasi tersebut.

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY