Boost Perkenal Tabung Covid-19 Untuk Bantu Mereka Yang Terkesan Dengan Pandemik Covid-19

Terbaru, e-Dompet Boost memperkenalkan Tabung Covid-19 Boost menerusi kempen #BoostGotYou. Kemunculan tabung tersebut adalah bertujuan untuk membantu dalam meringankan beban kepada mereka yang terkesan sepanjang PKP dijalankan.

Hasil dari kutipan tersebut, Boost juga akan menyalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membantu melengkapkan keperluan perubatan seperti ubat-ubatan, peralatan perubatan dan sebagainya.

Semua dana yang diterima mulai hari ini sehingga 31 Mac, akan disalurkan kepada KKM. Manakala, dana yang diterima mulai 1 sehingga 30 April akan diedarkan kepada NGO yang berkaitan dan juga KKM.

boost

Pengguna Boost boleh menghulurkan sumbangan melalui aplikasi Boost yang tersedia. Tabung Covid-19 adalah salah satu dari lima inisiatif yang diwujudkan oleh Boost. Empat lagi inisiatif dari kempen tersebut akan diperkenalkan pada masa akan datang. Selain itu, Boost juga menawarkan insurans perlindungan secara percuma kepada rakyat Malaysia sempena penularan wabak ini.

Butiran lanjut mengenai kempen ini, anda boleh mengikuti perkembangan Boost di laman rasmi, dan saluran media sosial seperti Facebook dan Instagram.