Thailand Bercadang Mengharamkan Beberapa Tempat Digunakan Dalam Pokemon GO











Kerajaan Thailand sedang berusaha untuk mengkaji semula permainan Pokemon Go di Thailand baru baru ini. Kerajaan Thailand mahu menggariskan beberapa tempat larangan untuk bermain Pokemon Go terutamanya di Kediaman Di Raja, Kuil Buddhist dan Hospital.



Larangan tersebut disuarakan di National Broadcasting and Telecommunication Commission(NBTC) yang membincangkan isu Pokemon Go yang dikatakan menjadi isu keselamatan negara dan masalah sosial di kalangan masyarakat di Thailand.



Pemaju Pokemon Go di Thailand diarahkan untuk mengeluarkan tempat tempat seperti Pusat Kerajaan dan Kediaman Rasmi di Thailand daripada permainan tersebut.Thailand merupakan antara negara yang paling banyak memuat turun aplikasi Pokemon Go di Asia Tenggara.