Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-05-29 at 1.33.30 PM

Vivo Y50 Dilancarkan, Satu Lagi Pilihan Pada Harga RM1,099

Diterbitkan Mei 29, 2020 oleh Haikel Areff

Vivo dalam diam-diam memperkenalkan satu lagi model kelas pertengahan yang dilihat merupakan alternatif lebih murah kepada Vivo V17 dalam pasaran Malaysia

Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 665 bersama hanya pilihan RAM 8GB dan simpanan 128GB pada harga RM1,099.

Vivo Y50 Dilancarkan, Satu Lagi Pilihan Pada Harga RM1,099

Tetapi anda boleh dapatkanya pada harga jauh lebih murah jika anda membeli set import dengan RAM4GB pada tanda harga serendah RM265.

Lebih murah jika dibandingkan dengan model Vivo V17 yang turut dibekalkan dengan cip pemprosesan yang sama yang memiliki tanda harga RM1,299.

Namun, berbeza dengan kamera 48MP pada Vivo V17, ia hanya dibekalkan dengan tetapan kamera utama 13 MP, f/2.2, kamera ultralebar 8 MP, f/2.2, 13mm, kamera makro 2MP, f/2.4 dan sensor kedalaman 2MP, f/2.4.

Vivo Y50 Dilancarkan, Satu Lagi Pilihan Pada Harga RM1,099

Beroperasi dengan antaramuka Funtouch OS 10 dan Android 10, ia mempamerkan skrin IPS LCD 6.53 inci bersama rekaan kamera selfie 16MP berlubang dipanggil skrin Ultra O.

Hadir dengan pilihan warna Starry Black dan Iris Blue.

Anda boleh layari laman rasmi Vivo atau beli di Lazada dan Shopee.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY