Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru

Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru

Diterbitkan Ogos 30, 2018 oleh Haikel Areff

Bermain permainan video tidak pernah menjadi satu hobi yang murah. Malah hari ini, hobi tersebut memerlukan perbelanjaan yang semakin tinggi. Perkara itu telah terbukti dalam satu kajian yang telah dibuat oleh NPD Group, sebuah penganalisa pasaran di Amerika Syarikat.

Menurut analisa tersebut, jumlah perbelanjaan pada permainan video di negara berkenaan telah meningkat sebanyak 40% pada separuh pertama(Jan – Jun) untuk tahun ini. Pemain permainan video telah membelanjakan sekitar $19.5 billion(~RM 80.14 bilion) sepanjang tempoh itu, berbanding sekitar $11.7 billion(~RM 48.09 bilion) untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.

Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru

Selain itu, jumlah wang yang telah dikeluarkan bagi membeli perkakasan permainan seperti cakera permainan, alat kawalan dan konsol permainan juga turut meningkat sebanyak $1.7 billion(~RM 7 bilion). Antara penyumbang terbesar pada jumlah itu ialah permainan God of War(Sony), Fortnite(Epic Games), Far Cry 5(Ubisoft) dan konsol Xbox One.

Fakta ini membuktikan bahawa industri permainan video ini sedang meningkat naik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi industri gergasi dan semakin dipandang serius oleh seluruh masyarakat dunia.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY