Syarikat pawagam terkemuka di Malaysia, TGV mengumumkan bahawa Pavilion Bukit Jalil akan dilengkapi pawagam daripada mereka.
Ia merupakan cawangan ke-39 dan mempunyai 16 dewan termasuklah Indugle Dine-In Cinema, Family Friendly Halls dan Premium Large Screen Hall Formats.
Namun, tidak dikongsi pula tarikh terperinci pembukaannya.

Terdahulu, pawagam di pusat beli-belah itu disediakan oleh Dadi Cinema. namun masih belum dibuka.
Tidak pasti apakah akan 2 pawagam dalam satu pusat beli-belah atau Dadi membatalkan pelancaran cawangan di sana.
Ada juga kebarangkalian Dadi Cinema menarik diri lantas memberi peluang untuk Tanjung Golden Village (nama lama TGV) beroperasi di ruang yang sama.
Sumber: TGV
