Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Website Masthead (1920px * 600px)

GSC Lebarkan Sayap Ke Arena Penstriman, Dinamakan GSCNow

Diterbitkan April 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sepuluh tahun dahulu, tiada sesiapa menyangka menonton wayang di rumah melalui skrin sendiri akan menjadi norma dan lubuk duit bagi kaum pemodal.

Hari ini, nama seperti Netflix, Amazon Prime, Hulu mengumpulkan jutaan pelanggan setiap bulan dengan perkhidmatan penstriman mereka.

Terkini, syarikat pawagam Golden Screen Malaysia (GSC) melalui laman web mereka memuat naik imej tentang perkhidmatan penstriman mereka, GSCNow.

GSC Now - Coming Soon.jpg

Ia adalah kerjasama GSC dan GetPlay dan anda boleh mendapati tab khas GSCNow di aplikasi GetPlay. Antara filem yang tersedia di sana ialah The Boy, Zookeeper’s Wife, The Last Witch Hunter dan beberapa lagi.

Melalui percubaan kami di GetPlay, pengguna boleh mendapatkan ‘All Access Ticket’ secara percuma untuk waktu ini, jadi anda boleh menonton filem di bawah GSCNow tanpa sebarang kos. Namun, hanya 11 judul tersedia.

Di aplikasi GSC sendiri walaupun telah ada tab khas tetapi ia hanya membawa pada laman web GSC tanpa sebarang senarai filem untuk ditonton.

Buat masa ini, masih belum tiada maklumat lanjut daripada GSC berkenaan pelancaran rasminya.

Sumber: Amanz

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY