Tertiris - Cara Pantas Aktifkan Kamera Samsung Galaxy S8

Kadang-kala peristiwa menarik berlaku dengan pantas dihadapan mata.

Pastinya kita tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam saat-saat itu menggunakan telefon pintar.

Tetapi disebabkan telefon pintar mungkin dikunci dengan kata laluan, kita mungkin terlepas peluang itu.

Oleh yang demikian, syarikat pengeluar telefon membangunkan jalan pintas bagi kita mengaktifkan kamera telefon pintar dalam kadar yang segera.

Sebelum ini Samsung menampilkan ciri yang membolehkan anda mengaktifkan kamera dengan menekan butang Home sebanyak 2 kali.

Menerusi imej yang tersebar di internet, Samsung dipercayai hadir dengan ciri yang sedikit berbeza untuk model flagship terbaru mereka, Samsung Galaxy S8.

S8 dibangunkan tanpa butang Home fizikal, dan Samsung dipercayai mencipta jalan pintas baru untuk model itu.

Galaxy-S8-camera-launch

Imej menunjukkan tetapan Quick Launch para Cámara atau maksudnya "Pelancaran Pantas untuk kamera".

Dengan memilih tetapan itu, anda boleh mengaktifkan kamera dengan hanya menekan butang kuasa sebanyak 2 kali secara pantas.

Walaupun S8 belum dilancarkan secara rasmi, tetapi model ini telah banyak tertiris di internet.

Pelancaran S8 dijadual berlangsung pada 29 Mac ini dan pasti anda tidak sabar-sabar menantikan peranti flagship keluaran gergasi Korea Selatan itu.

https://www.youtube.com/watch?v=J5bZtOdmmuQ

Sumber: Android Authority